Monday, 30 December 2013

catatan yang lama ditinggalkan ^_^

hari berganti hari bulan berganti bulan kini tahun bakal berganti.. sekejap masa berlalu dengan pelbagai kisah suka dan duka menjadi warna warni dalam kehidupan.. yang mematangkan yang menyedarkan yang memberikan seribu satu rasa..
apa sahaja yang mendukakan kita buang agar tidak mengganggu perjalanan yang masih panjang.. apa sahaja yang menggembirakan simpan menjadi kenangan yang manis untuk dikenang. pelbagai peristiwa yang berlaku kita dengari dan lihat.. kadang menakutkan kadang memberi peringatan kadang menyedihkan kadang membuat kita tersenyum ^_^
apa sahaja yang kawan bercerekarama ni hihihi yang pastinya ada azam kawan tahun ni kena carry forward lagi.. uwaaaa tapi takpelah kita kena redha.. serahkan segalanya pada yang Maha Mengetahui.. sesungguhnya Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. yang penting kawan dah berusaha dan beriktiar untuk merialisasikan azam itu.. sahabat2 sekalian doakan la azam kawan tahun ni berjaya dicapai tahun depan ye hihihi
dan yang pastinya tahun depan damia masuk pra sekolah semula.. sekejap je anak ummie nak masuk 5 tahun dah...besar ank ummie dah.. syukur padaMu Ya Allah.



Monday, 8 April 2013

damia dan sekolah ^_^

dah dekat 4 bulan anak ummi sekolah.. sepanjang tempoh persekolahannya memang ada ok ada ko heheheh bukan apa ada masa senang nak kejut bangun ada masa liat nak bangun.. alasannya mia ngantuk lagi... dan lagi 1 nak kejut dia ni kenalah gunakan bahasa yang manja2 gitewwww... sebelum mandi kena bagi susu dulu lepas tu kena dukung sampai pintu bilik air baru la dia mandi.. nasib baik nak mandi sendiri.. kalo tak kelam kabut pagi2.. skang ni peel dia suka menung sambil dicucuri shower..kalo tak tengok sesekali mesti gosok gigi pun tak mula lg.. macam pagi tadi kawan ingat dia dah siap berus gigi rupa2nya masih duk pegang berus gigi dan menung.. apalagi berbunyi la siren kawan...
setelah 4 bulan sekolah adalah kemajuan dia... skang tengah asyik menghafal doa mula belajar... tiap kali makan kalo kite terlupa baca doa dia ingatkan... sebelum tidur dia akan baca doa tidur dan baca fatehah.. bagi kawan part yang mencabar ialah ajar dia menulis dan mengenal angka huhu skang angka dah kenal cuma tulis no 9 masih terbalik... syabasla kepada guru2 tadika dan prasekolah di atas kesabaran mereka.. bile anak dah sekolah kawan jadi guru di rumah memang dapat rasakan cabaran mengajar anak kecil yang belum tahu apa2.. sungguh menguji kesabaran.. tapi kakak sepupu kawan banyak bagi semangat dan petua hehehe katanya damia baru 4 tahun jangan mengajar keras sangat heheeh

ni hari pertama sekolah.. sangat2 excited sampai suruh papanya cepat siap..

damia di dalam perhimpunan sekolah.. gambar papanya yang ambil maklumla sekolah dengan papa jadi ummi x perlu ambil cuti untuk hantar damia sekolah ^_^
alololo rendangnya anak ummie ni hehehehehe
tu dia anak ummie tengah mewarna hehehee
ambil gambar di awal pagi hehehehe




nota kecil: semoga anak ummie berjaya meraih ilmu dunia akhirat.





Thursday, 4 April 2013

alhamdullillah.. syukur padaMu Ya Allah

tenggelam timbul teratak mayaku ni hehehe apa nak buat pelbagai hal nak dibuat di samping kekangan waktu yang sangatla cemburu tngok kawan ni duk mengadap blog hehehe sekarang ni membe opis ramai yang pindah jadi ada beberapa keje yang kawan kena take over memandangkan staff dah bekurang.. memang kelam kabut tapi kawan layankan je la.. memang adakala stress tapi dari sudut positifnya dapatla kawan ilmu lebih sikit kan..
entry yang lepas kawan ada inform yang teratak realiti kawan dah siap kan jadi enty kali ni kawan story mory la sikit pasal tu ye (sebenarnya kawan nak tido tapi orang buat grill ada ni hehehe jadi rajin la kawan menghapdet sementara tunggu diorang selesai korje heheheh) rumah kawan ni siap bulan lepas sebelum raya cina.. dan sepanjang pembinaannya hinggalah sekarang Alhamdulillah tetamu silih beganti datang.. dah macam duduk rumah contoh heheh ada kenalan dan ada yang kami sendiri tak kenal.. bahaya sebenarnya tapi think positif.. kita sambut tetamu dengan lapang dada dan harap niat diorang datang pun baik ^_^
berkat usaha kuat en suami dan pn isteri ni juga dapatlah kami membina mahligai hasil titik peluh sendiri.. syukur sangat2.. kawan pun tak tau keistimewaan rumah ni tapi ramai tetamu yang suka tengok.. dugaan dan cabaran banyak dalam merealisasikan mahligai ni tapi semua berbaloi.. takmo cite banyak2 apa kata kite layan gambar ye
gambar ni diambil masa dalam pembinaan.. sila abaikan insan kecil yang berbaju hijau tu ye hehehe
80% hampir siap
dari sudut sisi... 90% siap

akhirnya penantian proses pembinaan rumah selama 5 bulan lebih siap.. yang ni tinggal nak touch up cat.. gambar ni diambil dari seberang jalan hehehe terkini dah grill dan berpagar... syukur atas nikmat dan rezeki yang telah Allah berikan.




nota kecil: entry ni dah berminggu dalam draft x berpost heheh jadi kawan malas nak edit malam ni.. jadi kawan terus upload dan post sahaja hehehehe bila ada kelapangan waktu dan kerajinan telah sampai kawan update lagi mengenainya... jumpa lagi ^_^

Monday, 25 February 2013

lama sudah ku tinggalkan

selamat bersua kembali kepada pengunjung yang sudi singgah di sini.. lama sudah kawan tinggalkan dunia blog.. keadaan mood dan masa tak mengizinkan (bleh terima ke alasan ni hehehe) sepanjang kawan 'mute' dari dunia maya ni banyak yang dah berlaku.. ada yang manis penuh kesyukuran dan ada yang pahit.. ada juga yang menyentuh hati hingga bergenang air mata.. tapi itulah adat resam kehidupan.. kita memang takkan dapat lari dari segala jenis emosi tu.. mana penah hujan tak membasahi bumi ye tak? ^_^
tahun ni buah hati tersayang dahpun memasuki alam persekolahan.. alhamdulillah permata hati ummi berjaya berdikari di pra sekolah di usia 4 tahun.. timbalah ilmu sebaiknya.. pagi2 sebelum pegi sekolah tentu mulut comelnya berkata "doakan mia ye ummi" ye sayang doa ummi sentiasa mengiringi awak dan papa.. setakat ni damia mudah untuk ke sekolah cuma kalau tidur lewat sure pagi2 mulut ummi potpetpotpet sebab damia susah nak bangun dan merengek..
alhamdulillah juga tahun ni kami dah duduk di kediaman sendiri.. masa nak memasuki rumah baru la banyak benda nak kena buat.. bajet kena betul.. sepanjang kontraktor buat rumah hampir setiap hari kami melawat tapak mengalahkan kontraktor hahaha itu penting bagi memastikan rumah tu siap dengan sempurna.. dan yang pasti bajet kawan agak lari sedikit huhuhu tak boleh jadi akauntan ni heheheh rumah tu mula dibina pada bulan 10/12 dan siap sebelum raya cina tahun.. kami merasmikan tidur di rumah baru pada 7/2/13.. tidur beralaskan toto je semangat punya pasal haahaha lepas duduk rumah baru hubby pun buka rahsia pasal rumah quarters guru yang kami duduk dulu.. rupa2nya ada misteri nusantara.. patutlah kadang2 hati kawan ni rasa seram semacam.. syukurlah "makhluk" tu tak munculkan diri selama kawan duduk kat situ ^_^ dapat duduk di rumah sendiri terasa lapang sangat hati.. syukur sangat dengan nikmatNYA..
awal tahun ni kat opis kawan bagai kosong sebab sorang2 bertukar ke tempat lain.. apa nak buat hati berat dan sedih tapi kita tak boleh nak menghalang penghijrahan seseorang.. mungkin itu adalah yang terbaik untuk mereka.. ada pepatah mengatakan patah tumbuh berganti.. tapi yang pastinya yang tumbuh pasti takkan sama dengan yang patah kan.. kawan mendoakan yang terbaik untuk mereka dan semoga maju jaya di tempat yang baru...
tahun ni masih membawa 1 impian yang telah di carry foward selama 3 tahun hehehe moga ada rezeki pada tahun ni... tahun ni hanya 1 sahaja impian yang kawan terlalu dambakan.. pengunjung2 yang singgah sini tolong doakan impian kawan ni ye..

"kadang-kadang kita terlupa untuk berdoa. maka berdoalah. susunlah doa kita. fahami apa yang kita doakan. yakini bahawa Allah akan memakbulkan. dan jangan lupa untuk berusaha sesungguh-sungguhnya. orang yang selalu berdoa akan tenang. kerana dia akan melihat satu persatu doanya dijawab oleh Allah swt. orang yang tidak berdoa, mendapat kejayaan pun, dia tidak akan rasa apa-apa 'nilai tambah'. dia rasa, dia dapat dengan usahanya sendiri. sebab itu, apabila dia benar2 'mati usaha', dia akan berputus asa dan tidak bangkit semula. kita yang berdoa apabila 'mati usaha', kita tetap merasakan bahawa Allah itu ada, dan dia akan membantu kita kerana kita sering berdoa kepadaNYA." - kawan ambil dari status fb Muhammad Rizal

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Subhanallah Maha Suci Allah.


Monday, 31 December 2012

sweetheart ^_^

lama dah tak post pasal buah hati tersayang kawan... dua hari lagi sekolah akan buka jadi damia yang tahun depan berusia 4 tahun akan mengikut papanya ke sekolah... umminya hari pertama daftar sekolah haruslah nak pegi tengok gelagat hari pertama dia kan.. tapi sebenarnya kalo ummi dengan papa takde pun dia still boleh berdikari sendiri.. minggu terakhir sekolah bulan lepas papanya ada bawa ke sekolah dan tinggalkan dia kat pra sementara papanya meneruskan tugasan.. memang damia tak heran pun papanya takde dalam kelas tu hehehe 4 hari dia ke sekolah dan memang berkobar2 dia.. Alhamdulillah dia senang bergaul dan sesuaikan diri dengan rakan2 tapiiiiiii 1 je yang kawan serik sikit sebab dia susah nak bangun.... nak tunggu dia bangun je dah 15minit huhuhuh pastu kena kejutkan bersulam dengan ayat2 yang manis kalo tak jangan harap dia nak bangun.. kadang2 dia nak jadi baby jadi kena dukung sampaila pintu bilik air... lepas mandi okla dia ceria dan tak sabar2 ke sekolah dengan aksi yang bermacam... sebut pasal aksi dia ni kalo ambik gambar mesti tangan nak menggedik hahahah
tangan dua2 ke atas... muka happy pakai beg sekolah nak pi jumpa kawan2 ^_^
tangan aksi model memperkenalkan kereta
tangan ala-ala manja ^_^
ni ntah tak tau la apa plak hehehe
ok.. itu sahaja... ni adalah entry penutup untuk tahun 2012.. bersua kembali tahun depan hihihihi





Friday, 21 December 2012

tarikh2 cantik dan karamat???

pagi yang damai dan tenang.. selamat pagi semua hehehe lama betul dah kawan tak menghapdet blog yang dah jadi suam2 kuku ni.. hari ni semua tinggal.. handphone tinggal laptop tinggal... bila keje dah kurang nak hapdet , laptop plak dalam kete...nak turun kat parking bercinta maklumla 3 tingkat naik turun tangga hohohoh abis lemak yg daku kumpul nanti... tapi bahan untuk hapdet semua dalam laptop.. jadi kawan hapdet merapu je la ni hahahah
dari 12.12.2012 sampai hari ni 21.12.2012 tak habis2 orang bercerita pasal tarikh2 keramat... ada kata nak kiamat la.. end of world la... adoy ketawaku sorang2... pada kawan tak payah la nak buat rumors yang ntah apa2 tu heheheh kiamat hanya Allah je yang tau.. yang kita tau hari jumaat je...
pada kawan plak apa yang sesronok pada tarikh 21122012 ini ialah keje kawan yang telah buatkan kawan kelam kabut 2 minggu ni dah selesai... yeeehuuuu audit pun dah masuk last week.. so far takde la di tegur apa2 cuma tunggu je la laporan exit conference nanti hehhe hopefully rekod kitorang bersih tahun ni zero error cewahhh



nota kecik: dah penat kelam kabut rasa nak bercuti tapi cuti dah zero huhuhuhu

Tuesday, 27 November 2012

marathon: titi-->ikea-->nilai 3-->titi

bersua kembali di teratak mayaku yang on off hapdet ni hehehe tahun ni macam kurang sikit nak menghapdet setiap hari macam dedulu..mungkin faktor usia kawan kot yang makin meningkat ni (ceh alasan kemalasan) agaknya apala cerita rakan2 di alam maya ni ye.. kawan macam biasala.. menjalani rutin harian di samping ketidaksabaran menunggu rumah siap dan tengah gigih mencari 1kg lagi untuk dapatkan BMI yang ideal.. sekarang dah 49kg dan 1kg lagi nak cukup 50kg eheheh sronok2... usaha tangga kejayaan kan...
actually, story marathon ni dah basi kot sebab marathonnya hari ahad last week hehehehe dari sehari ke sehari nak update.. dah on laptop pastu pandang kosong kat laptop pastu tutup balik hehehehe apapun memang teruja sangat tengok perabot dan hiasan kat ikea... lagi rasa ghairah nak tunggu rumah siap.. dalam otak macam2 design nak buat.. kat ikea jangan cakaplah.. padat dengan orang.. masing2 ambil gambar dekorasi kat ikea termasuklah kawan heheeh dengan hanya berbekalkan 5megapixel sahaja kamera hp jadilah kan.. dapat gak ambil gambar walaupun tak berapa terang huhuhuhu damia pun sama teruja.. siap nak posing2 lagi..
damia teruja duk kat benda ni..

umi... damia nak ni bleh? nanti mia masak untuk umi ye hehehe
almari ni letak dalam bilik mia tau.. cantik ^_^
heheheh tak banyak dapat ambil gambar sebab ramai sangat.. kawan plak lemah sikit kalo dah sesak2 ni.. kalo nak selesa pilih barang mungkin pegi lagi time waktu bekerja sebab mesti tak ramai orang kan heheheheh dah pusing2 kat ikea kitorang pun keluar tanpa beli apa2 pun hahahah misi seterusnya menuju ke nilai 3 untuk ambil mentol lampu kipas dan lampu bilik angry bird damia.. masa orang tu hantar kipas dan lampu kat rumah kitorang dia terlupa nak turunkan mentol dan lampu angry bird dah la damia asyik bisng je mana lampu dia... kecuaian yang tak sepatutnya berlaku... bila call dia kata akan pos pakai kanggaro tapi aku tak yakin kanggaro tu leh masuk kampung hehehehe takut tak sampai.. oleh kerana dah ke ikea jadi leh la turun nilai jap ambil barang tu.. jadi, damia pun berpuas hati lampu dia dah ada depan mata hehehe
lepas ambik barang terus ke tesco semata-mata nak makan --->>>
                                                taraaaaaaaaaaaa donut hahahaha
 puas hati makan donut ni... memula beli 6.. pastu nak keluar dari tesco beli lagi 3 huhuhu nafsu betul... dah puas hati dapat beli donut dengan banyaknya terus balik titi semula...


nota kecik: masa tengok gambar donut ni bagaikan nak meleleh air liur... harus weekend ni pi beli huhuhu